Wednesday, 29 April 2015

JENIS-JENIS KHAT YANG MAHSYUR DI DUNIA..



Baiklah, malam ni saya berhajat hendak mencoret sedikit sebanyak tentang jenis-jenis tulisan khat dan sifat-sifatnya...dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, inilah coretan saya pada malam ini...




1) KHAT RIQ’AH
Image result for khat riq'ah
Khat ini telah dicipta pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan oleh penulis khat yang bernama Turki Mumtaz Bek pada tahun 1280H. Khat ini dicipta bagimemudahkan semua urusan rasmi dalam kalangan kakitangan kerajaan kerana ia dapat menyeragamkan semua bentuk tulisan menjadi satu.

Ciri-ciri khat ini ialah bentuk huruf kecil, tegak dan tidak menggunakan baris. Khat riq’ah ini lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan tulisan khat yang lain. Pada masa kini, tulisan khat ini menjadi tulisan harian buat masyarakat Arab.




           2) KHAT DIWANI

Image result for khat diwani bismillah
           
          Khat ini telah dicipta oleh Muhammad Munif dan disempurnakan oleh Syahla Pasya serta al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal pada tahun 857H iaitu setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Khat ini dicipta untuk menulis surat-surat rasmi, keputusan dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan.

          Antara ciri- ciri tulisan ini ialah ia berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil, watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah mahupun masjid-masjid.




      3) KHAT NASAKH

        Image result for khat nasakh

           Khat ini dinamakan khat nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk khat nasakh ini telah diubahsuai oleh Ibnu Muqlah sehingga tulisannya menjadi seperti sekarang. Tulisan ini muncul pada abad ke 3 Hijrah atau 8 Masihi dan telah berkembang meluas pada hujung abad ke 4 Hijrah atau 9 Masihi.

           Terdapat beberapa ciri-ciri khat nasakh ini, antaranya ialah ia mudah dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Tulisan khat nasakh ini digunakan pada zaman sekarang untuk menulis al-Quran, akhbardan majalah-majalah ilmiah.




4) KHAT THULUTH

Image result for khat thuluth
           Khat thuluth dinamakan sebegini kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu mestilah mempunyai kelebaran sebanyak 1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa ingin menulisnya. Selain nama khat thuluth, ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan). Seseorang penulis khat itu tidak akan digelar sebagai penulis khat yang handal selagi dia tidak betul-betul menguasai penulisan khat thuluth ini.

           Ciri-ciri khat ini ialah hurufnya lembut, mudah dibentuk dan mudah dibaca kerana mempunyai baris.ia juga bersifat dekoratif dan mempunyai seni-seni tersendiri. Khat ini amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda dan sebagainya kerana tulisannya sangat cantik dan unik.



5) KHAT KHUFI MURABA’

Image result for khat kufi murabba
           Khat kufi muraba’ ini juga dikenali sebagai kufi empat segi kerana bentuk hurufnya serta susunannya berbentuk empat segi apabila ditulis. Setiap huruf yang ditulis di dalam khat ini hendaklah disusun memenuhi ruang yang ada. Khat ini disusun daripada garis-garis lurus yang bertembung dengan garis-garis menegak.

           Hasil daripada kaedah susunan tadi, maka terhasilah huruf yang berbentuk lurus yang tidak bulat dan tidak melengkung sama sekali. Oleh demikian itu, pembaris dan pensil haruslah digunakan semasa membuat khat ini. Sifat-sifat khat ini ialah berbentuk segi empat, tidak mempunyai baris serta hurufnya tersusun rapat. Khat ini sesuai digunakan sebai hiasan dalam bentuk geometric pada bangunan-bangunan dan logo.






sekian sahaja lah pada malam ini...diharapkan ia dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua...maaf kalau-kalau ada kesilapan dan kesalahan sepanjang penulisan ini.....







33 comments:

  1. THANKS FOR THE INFORMATION😀😀😀😊😊😁😁😁😁😁

    ReplyDelete
  2. Thanks atas perkongsian laman web ini

    ReplyDelete
  3. t.ksh bileh juga tahu serba sedikit ttg tulisan khat

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sulus yang melengkung sikit dari nasakh,nombor 4 tuh

      Delete
  6. thanks for the infomation thank you so much much much much much much much much much much much much much much much much mch much much much much much much much much much

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian 😌

    ReplyDelete
  8. Terima kasih.. Saya telah mempelajarinya..

    ReplyDelete