Wednesday, 29 April 2015

JENIS-JENIS KHAT YANG MAHSYUR DI DUNIA..



Baiklah, malam ni saya berhajat hendak mencoret sedikit sebanyak tentang jenis-jenis tulisan khat dan sifat-sifatnya...dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, inilah coretan saya pada malam ini...




1) KHAT RIQ’AH
Image result for khat riq'ah
Khat ini telah dicipta pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan oleh penulis khat yang bernama Turki Mumtaz Bek pada tahun 1280H. Khat ini dicipta bagimemudahkan semua urusan rasmi dalam kalangan kakitangan kerajaan kerana ia dapat menyeragamkan semua bentuk tulisan menjadi satu.

Ciri-ciri khat ini ialah bentuk huruf kecil, tegak dan tidak menggunakan baris. Khat riq’ah ini lebih cepat dan mudah ditulis jika dibandingkan dengan tulisan khat yang lain. Pada masa kini, tulisan khat ini menjadi tulisan harian buat masyarakat Arab.




           2) KHAT DIWANI

Image result for khat diwani bismillah
           
          Khat ini telah dicipta oleh Muhammad Munif dan disempurnakan oleh Syahla Pasya serta al-Hafidz Othman. Khat ini mula terkenal pada tahun 857H iaitu setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Khat ini dicipta untuk menulis surat-surat rasmi, keputusan dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan.

          Antara ciri- ciri tulisan ini ialah ia berbentuk condong ke kiri, lembut, bindar dan melengkung, bersusun dan bertindih-tindih serta tidak berbaris. Pada masa kini, tulisan ini selalu digunakan untuk menulis sijil, watikah serta dijadikan sebagai tulisan hiasan sama ada di rumah mahupun masjid-masjid.




      3) KHAT NASAKH

        Image result for khat nasakh

           Khat ini dinamakan khat nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk khat nasakh ini telah diubahsuai oleh Ibnu Muqlah sehingga tulisannya menjadi seperti sekarang. Tulisan ini muncul pada abad ke 3 Hijrah atau 8 Masihi dan telah berkembang meluas pada hujung abad ke 4 Hijrah atau 9 Masihi.

           Terdapat beberapa ciri-ciri khat nasakh ini, antaranya ialah ia mudah dibentuk, lembut, praktikal dan mudah dibaca kerana mempunyai baris. Tulisan khat nasakh ini digunakan pada zaman sekarang untuk menulis al-Quran, akhbardan majalah-majalah ilmiah.




4) KHAT THULUTH

Image result for khat thuluth
           Khat thuluth dinamakan sebegini kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen khat yang mempunyai ukuran tertentu iaitu mestilah mempunyai kelebaran sebanyak 1/3 (thuluth) lebar mata pen semasa ingin menulisnya. Selain nama khat thuluth, ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan). Seseorang penulis khat itu tidak akan digelar sebagai penulis khat yang handal selagi dia tidak betul-betul menguasai penulisan khat thuluth ini.

           Ciri-ciri khat ini ialah hurufnya lembut, mudah dibentuk dan mudah dibaca kerana mempunyai baris.ia juga bersifat dekoratif dan mempunyai seni-seni tersendiri. Khat ini amat sesuai dijadikan perhiasan di masjid, rumah, bangunan, papan tanda dan sebagainya kerana tulisannya sangat cantik dan unik.



5) KHAT KHUFI MURABA’

Image result for khat kufi murabba
           Khat kufi muraba’ ini juga dikenali sebagai kufi empat segi kerana bentuk hurufnya serta susunannya berbentuk empat segi apabila ditulis. Setiap huruf yang ditulis di dalam khat ini hendaklah disusun memenuhi ruang yang ada. Khat ini disusun daripada garis-garis lurus yang bertembung dengan garis-garis menegak.

           Hasil daripada kaedah susunan tadi, maka terhasilah huruf yang berbentuk lurus yang tidak bulat dan tidak melengkung sama sekali. Oleh demikian itu, pembaris dan pensil haruslah digunakan semasa membuat khat ini. Sifat-sifat khat ini ialah berbentuk segi empat, tidak mempunyai baris serta hurufnya tersusun rapat. Khat ini sesuai digunakan sebai hiasan dalam bentuk geometric pada bangunan-bangunan dan logo.






sekian sahaja lah pada malam ini...diharapkan ia dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua...maaf kalau-kalau ada kesilapan dan kesalahan sepanjang penulisan ini.....







Tuesday, 28 April 2015

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB...

ASSALAMUALAIKUM....

bertemu lagi kita di hari yang indah ni (walaupun sibuk banyak kerja)..
baiklah, hari ni topik nya pasal amanah dan tanggungjawab...
kalau nak cakap pasal ni sebenarnya tak cukup satu blog ni...hahaaaa..
sebab apa tau, sebabnya terlalu banyak sangat amanah dan tanggungjawab yang boleh kita kategorikan..

antaranya ialah :-
1) Amanah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim
2) Amanah dan tanggungjawab sebagai seorang  anak
3) Amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar
4) Amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin
5) Amanah dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat
6) Amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa
7) Amanah dan tanggungjawab sebagai seorang suami isteri


haaaaa...kan banyak tu...tu baru sikit...ada banyak lagi...
tapi yang ni je lah yang mampu saya tulis...hehe

 saya cuma nak cakap pasal tanggungjawab dan amanah ibu bapa terhadap anak-anaknya je..
sebenarnya kan, anak ni orang kata anugerah dan amanah yang Allah kurniakan kepada kita...
ye betul, sebab ibu bapa lah yang bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak mereka..

biasanya ibu bapa akan gembira dan teruja di saat menimbang cahaya mata mereka, tambah-tambah lagi kalau anak tu anak sulong mereka...tapi sebaliknya berlaku kepada segelintir masyarakat kita pada hari ni...kenapa saya cakap macam ni?? cuba tengok artikel kat bawah ni...

Image result for akhbar metro buang bayi terbaruImage result for akhbar metro buang bayi terbaruImage result for akhbar metro buang bayi terbaru


mereka langsung tiada sifat berperikemanusiaan...jangan kata rasa sayang dan kasih kat anak, rasa kesian sedikit pun tak ada...

masyaAllah, apa nak jadi dengan mereka ni, apa nak jadi dengan dunia sekarang, apa nak jadi dengan umat islam sekarang ni...!!! dan macam mana lah agaknya generasi akan datang..semoga ALLAH sentiasa melindungi mereka...

mereka yang tak bertanggungjawab ada saja cara bagaimana nak 'singkirkan' anak mereka dari hidup mereka...

lihat saja lah petikan akhar di atas sana, mereka campak bayi tu dari tingkat atas sampai bekecai jasad bayi yang tak berdosa tu..subhanallah
.
ada jugak yang buang bayi dalam tong sampah, yang pam dalam tandas..
dan ada juga yang letak bayi dekat masjid, dekat rumah orang (tapi ni kira okaylah daripada bunuh bayi diorang)..

tapi persoalan yang sentiasa bermain di minda saya ialah diorang ni tak ada rasa tanggungjawab sikit ke, tak ada rasa yang anak tu sebenarnya amanah yang Tuhan bagi dekat dia...

ye saya tahu kita ni tak lalui apa yang diorang lalui, tak rasa apa diorang rasa...dan kita mungkin boleh cakap macam-macam pasal diorang sebab kita tak tahu kisah sebenar diorang...

tapi saya cuma cakap dan memberi komen kepada mereka yang betul-betul tak berperikemanusiaan tu dan kepada mereka yang sengaja melakukan dosa (berzina)...ALLAHUAKBAR

sama-sama lah kita doakan kepada mereka agar diberi petunjuk hidayah dan kembali ke jalan yang benar...amin Ya Allah..

Tolong Ya Allah, Tolong Selamatkan Dunia Ini..
Tolong Selamatkan Kami Semua...






*maaf jika ada yang kurang dan salah daripada saya