

Malaysia adalah salah sebuah Negara
yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama yang dianuti. Oleh hal yang demikian,
pada pendapat saya, dialog antara agama ini perlu dilaksanakan bagi menjadikan
Malaysia lebih aman dan damai. Dialog ialah percakapan atau perundingan di
antara dua belah pihak atau lebih yang berlainan pendapat, kepercayaan atau
pandangan.
Antara kepentingan pelaksanaan
dialog ini ialah memupuk sifat keterbukaan antara penganut agama yang berbeza.
Mereka haruslah perpegang kepada ajaran masing-masing tetapi tidak boleh
menolak atau menafikan akan kewujudan agama lain.
Selain itu, melalui dialog ini juga
dapat mengeratkan lagi hubungan antara bangsa yang berbeza agama. Semasa proses
dialog ini berlansung, mereka akan lebih mengenali sifat dan hati budi
masing-masing. Nilai-nilai murni dapat ditonjolkan semasa mereka bersua muka.
Seterusnya, masyarakat Malaysia juga
akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain. Mereka tidak boleh
menghina dan mengutuk agama lain kerana ini akan menimbulkan rasa tidak puas
hati antara penganut agama yang berbeza-beza.
Akhirnya, dialog antara agama ini
akan melahirkan masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain. Setiap
bangsa akan memahami setiap kebaikan dan kepercayaan yang terdapat di dalam setiap
agama. Dengan ini tiada lagi persefahaman yang akan timbul.
Sebagai kesimpulannya, dialog antara agama ini
dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua kerana ia boleh menjadikan
Malaysia ini sebuah Negara yang aman dan harmonis tanpa persengketaan. Oleh hal
yang demikian, pihak yang bertangungjawab haruslah mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi melaksanakan dialog antara agama ini dan dipraktikan di Negara
kita, Malaysia.
No comments:
Post a Comment