Sunday, 29 March 2015

JENIS-JENIS SENI PERTAHANAN DIRI...

ASSALAMUALAIKUM...
hari ini insyaALLAH saya akan memperkenalkan beberapa jenis seni pertahanan diri...

sebenarnya, seni pertahanan diri ini amat penting kepada kita semua sama ada bagi kaum lelaki atau pun wanita...

baiklah, sebelum saya membebel-bebel panjang lagi, apa kata kita lihat dahulu apakah maksud seni pertahanan diri ni...

Seni pertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain.

haaa... sekarang dah fahamkan definisinya, sekarang  jom kita tengok jenis-jenis seni pertahanan diri ni pula....>_<



1) SILAT

              Image result for SILAT

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Mereka yang belajar silat digelar pesilat.Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.



2)TAEKWONDO

Image result for taekwondo

Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea dan ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik. Dalam bahasa KoreaTae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".



3)SILAMBAM

Image result for silambam

Silambam atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas.Pengamal silambam bersenjata dan tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan kaki, tangan dan badan berasaskan pergerakan haiwan, terutamanya bentuk ularhelang dan monyet.



4)WUSHU

Image result for wushu


Wushu atau kung fu ialah merupakan sekumpulan gaya pertarungan yang telah dibangunkan selama beberapa abad di China. Ini merupakan seni pertahanan diri dari negara China. Gaya-gaya di dalam seni ini sering dikelaskan mengikut sifat yang dikongsinya, dikenalpasti sebagai "keluarga" , "taifah" atau "sekolah" seni mempertahankan diri. Gaya yang memfokus pada manipulasi qi dipanggil dalaman, manakala yang menumpukan pembinaan otot dan kesihatan kardiovaskular dipanggil luaran.



5)KARATE

Image result for karate

Karate atau karate-do merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh.Asas karate adalah sama, namun terdapat berbagai gaya atau aliran karate.Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar.



6)SHORINJI KEMPO

Image result for SHORINJI KEMPO

Shorinji Kempo adalah suatu bela diri yang dalam pelatihannya memiliki 3 tujuan utama yaitu mampu membela diri, meningkatkan kesehatan, dan pembinaan mental. seni pertahanan diri ini berasal dari China. Kata Shonrinji Kempo sendiri berasal dari kata sho = hutan, rin = bambu, ji = kuil, ken = aturan. Kalau kempo bermakna "jalan hidup". 



7)AIKIDO

Image result for AIKIDO

Aikido adalah salah satu seni mempertahan diri yang berasal dari Jepun yang dicipta oleh Morihei Ueshiba. Aikido diciptakan pada era modernisasi Jepun yang berlangsung sekitar tahun 1800anSeni mempertahankan diri ini dicipta dengan menekankan harmonisasi dan keselarasan antara ki (tenaga dalam) individu dengan ki alam semesta. Aikido juga menekankan pada prinsip kelembutan dan bagaimana untuk mengasihi serta membimbing lawan. 


oklah...korang semua dah tahu kan serba sedikit tentang seni-seni pertahanan diri ni kan...sekarang ni saya tinggalkan korang dengan video ni..selamat menonton..BYE!!  BYE!!...SEMOGA JUMPA LAGI...(-_-)












Saturday, 28 March 2015

PANDANGAN SAYA TENTANG DIALOG ANTARA AGAMA DI MALAYSIA....






          Malaysia adalah salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama yang dianuti. Oleh hal yang demikian, pada pendapat saya, dialog antara agama ini perlu dilaksanakan bagi menjadikan Malaysia lebih aman dan damai. Dialog ialah percakapan atau perundingan di antara dua belah pihak atau lebih yang berlainan pendapat, kepercayaan atau pandangan.

           Antara kepentingan pelaksanaan dialog ini ialah memupuk sifat keterbukaan antara penganut agama yang berbeza. Mereka haruslah perpegang kepada ajaran masing-masing tetapi tidak boleh menolak atau menafikan akan kewujudan agama lain.

            Selain itu, melalui dialog ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara bangsa yang berbeza agama. Semasa proses dialog ini berlansung, mereka akan lebih mengenali sifat dan hati budi masing-masing. Nilai-nilai murni dapat ditonjolkan semasa mereka bersua muka.

           Seterusnya, masyarakat Malaysia juga akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain. Mereka tidak boleh menghina dan mengutuk agama lain kerana ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama yang berbeza-beza.

           Akhirnya, dialog antara agama ini akan melahirkan masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain. Setiap bangsa akan memahami setiap kebaikan dan kepercayaan yang terdapat di dalam setiap agama. Dengan ini tiada lagi persefahaman yang akan timbul.
         

         Sebagai kesimpulannya, dialog antara agama ini dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua kerana ia boleh menjadikan Malaysia ini sebuah Negara yang aman dan harmonis tanpa persengketaan. Oleh hal yang demikian, pihak yang bertangungjawab haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi melaksanakan dialog antara agama ini dan dipraktikan di Negara kita, Malaysia.